Archives
<< September 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30


Reads

Links


:: rochi ::


:: mujed ::










Ukhwah.com :: Top Blog




Contact
   


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

RSS Atom

Extras


jone
August 19th 1982  (Age 26)
Male
Sg Petani

who links here

Credits & Design
Fonts used:
  • Hill House
  • Pushkin
    Photo from:
  • Flip at Stockxchng.hu
    Graphics by:
  • Devonshire Design


    Graphics by DevonshireDesign.com Row

    Blogdrive
  • Friday, July 04, 2008
    Segalanya Musykil...

     

    Dunia kini sudah bingung

    Segalanya..

    Apa-apa saja

    Siapa-siapa jua

    Sentiasa dalam musykil

     

    Baik dan jahat pun musykil..

    Kaya dan miskin masih musykil

    Tua, muda, lelaki, perempuan

    Semuanya...

     

    Musykil..

    Ada yang masih musykil apa yang dimusykil

    Tidak sedar berada dalam kemusykilan..

     

    Masihkah belum sedar

    Apa yang perlu dan tidak

    Baik buruk belum tahu

    Namun semuanya sudah termaktub

    Dalam naskah yang satu

    Bersama amanah dari dahulu..

     

    Original dari Dr Jone. 10 hb Februari,2003

    Posted at Friday, July 04, 2008 by jone
    nak komen klik sini..  


    Menanti Detik.

    Membilang waktu

    Menghitung masa

    Hari berganti minggu

    Minggu juga berganda

    Bulan berganjak..

     

    Menanti...

    Suatu masa yang penuh harapan

    Namun detik mengaburi keyakinan

     

    Apakah tiada peluang lagi

    Hanya harapan dipertaruhkan

    Derita ujian juga..

    Menjadi penyebab maqbulnya

     

    Apakah tiada usaha diriku

    Adakah ujianNya berlarutan

    Hanya menanti waktu..

    Hadapi tanpa keliru

    Harungi agar tidak kalut

    Juga berserabut...


    Original dari Dr Jone. 27/1/2003

    Posted at Friday, July 04, 2008 by jone
    nak komen klik sini..  


    Tuesday, September 05, 2006
    Ingatlah Teman.

    Jikalau duka itu suatu keperitan

    Nyatalah ada hikmah sebaliknya

    Andai suka itu suatu kebahagiaan

    Katakanlah ada nikmat dariNya

    Katakanlah..

     

    Katakan kebenaran walau pahit

    Himbaulah kemaksiatan walau manis

    Banyak kepahitan itu penawar

    Banyak kemanisan itu penyakit

     

    Ingat-ingat..

    Tuhan mahu hambaNya beringat

    Jangan mudah leka dengan nikmat

    Jangan ingat mati itu lambat

     

    Tiada mudah untuk kesenangan

    Bukan payah menempa kesusahan

    Memang Tuhan Maha Belaskasihan

     

    Teruskanlah dengan segala perbuatan

    Mungkin ia menjadi kunci pintu syurga

    Mungkin juga lubang untuk ke neraka…

     

    Karya asal: Dr Jone, 16 Jan, 2003

     

    Posted at Tuesday, September 05, 2006 by jone
    nak komen klik sini..  


    Monday, September 04, 2006
    Aku dan Khalik.

    Kucuba pejamkan mata

    Aku selami diri

    Mencari aku

     

    Nyatanya..

    Jasad hanya tanah pinjaman

    Nafas adalah nikmat rahsia

    Wajah milik yang sementara

    Badan tidak ada daya

    Akal kurniaan istimewa

    Namun fana segalanya..

     

    Roh itulah aku..

    Dalam berjuta makhluk

    Aku hanyalah satu

    Amalan dan niatku

    Adalah hak aku..

    Tanggunganku

    Di alam yang bukan satu..

     

    Bukan mereka

    Tidak berjuta

    Insan kerdil dari satu generasi

    Penghujung zaman

    Aku hanyalah satu..

    Menghadap Khalikku Yang Esa.

     

     

    Karya asal: Dr jone, 14 jan 2003

     

     

     

    Posted at Monday, September 04, 2006 by jone
    nak komen klik sini..  


    Sociable for Blogdrive - all-in-one: Mini-MEditor, del.icio.us, co.mments, Google Blog Search, Technorati and RSS Feed
    Next Page